Monday, February 18, 2019

Aktif Blog

Apabila aku tulis sikit sikit begini, teringat dekat Asrul.

Dulu aku follow juga lah blog dia. Kenal kat forum Linux apa entah.

Terjumpa link blog dia di situ.

Dia menulis blog untuk memorinya.

Begitu jugalah aku.

Di facebook macam tiada privasi.

Aku lebih suka tulis di blog. Macam Tenet.

Tapi tenet tulis panjang.

Aku tak sanggup dah nak tulis panjang. Takut punya pasal.

Biarlah.

Aku nak tulis pendek begini. Kurangnya dapat aku latih diri aku menulis semula.

Menulis bagi meluahkan pengalaman dan perasaan aku.

Orang kata aku sudah terkenal. Tak patut buat begitu.

Rileks. Aku tulis yang baik je lah. Untuk pengalaman aku.

Beza dengan kebun bandar. Tu untuk penulisan ilmiah.

Ini blog aku santai untuk bacaan aku sendiri.





Kun Faya Kun

Aku bersembang dengan kakak. Minta nasihat dia tentang pinjaman ASB. Sebelum ini aku teringat yang dia pernah buat pinjaman ASB.

Tapi biasalah kalau bersembang pasti akan melalut ke arah lain.

Kakak memang suka membebel. Tapi daripada bebelan kakak itu aku banyak dapat pengajaran.

"Aku ada minta pindah. Tapi tak tahu la luluskan. Bos aku bukan senang nak bagi pindah," kata aku pada kakak.

"Ada rezeki ada lah tu. Tak perlu nak bagi alasan bagai. Kalau Allah nak bagi, Allah bagi," balas kakak.

Terus teringat perbualan aku dengan Firdaus. Dia ada bertanya tentang pindah. Betul. Bukan senang nak pindah.

Tapi lupa kah aku bahawa yang mengatur rezeki ini bukan manusia tetapi Allah SWT?

Aku tahu itu. Cuma kadang aku terlupa hakikat itu.

Terima kasih kakak kerana mengingatkan aku pada yang Hak.


Sunday, February 17, 2019

Handphone Rosak

Umayr merengek hendak mandi pantai. Sebagai bapa yang mithali, aku pun turuti kehendaknya.

Aku bawa ke tepi pantai. Lalu masuk ke air laut. Lagipun aku teringat Ustaz Mahadhir melayan anaknya tadi. Sanggup bermain di tepi pantai bersama anaknya.

Takkan aku tak boleh?

Apabila air mencecah aras pinggang, aku terbuka mata. Allah. HP aku!

Terus aku keluarkan dari poket. Dah separuh tenggelam dalam air laut.

Aku bawa terus Umayr keluar dari air laut.

Aku tengok hp masih on. Alhamdulillah.

Sampai di kereta, aku cuba cek lagi sekali. Tetiba dia shut down sendiri.

Aku biarkan 2-3 minit. Aku cuba tekan butang on. Nah. Takda apa respon.

Firasat aku betul. HP aku sudah mencapai ajalnya.

Ni buat aku stress. Habis duit aku kena keluar lagi.

Saturday, February 16, 2019

Cermin Mata Rosak

Cermin mata aku rosak. Aku ketika itu ingin tidur. Lalu aku bangun ingin ke bilik dari ruang tamu.

Prak.

Aku rasakan lain macam di kaki. Allah. Cermin mata aku!

Hilang sekejap mengantuk aku.

Tu lah. Teringat cerita Asnan pasal cermin matanya patah akibat Amar buat.

Nah kali ini aku pula patah. Padan muka aku.

Aku ingin cuba gam nanti di KK.

Isteri aku ada kursus i-Medik di KK.

Aku pun terpaksalah memakai cermin mata separuh bingkai.

Pening juga la mata aku ini.

Biarlah. Janji aku boleh nampak lagi. Sebab kalau aku buang cermin mata ini, memang aku takdapat nampak jelas.

Takut pula aku nak memandu jika begitu.


Thursday, January 18, 2018

Jangan Sibuk Bisnes Orang Lain

Saya ada satu penyakit. Saya mengaku ini penyakit sebab saya perlu rawatinya. Iaitu penyakit suka menyibuk hal orang lain. Kata mudahnya suka jaga tepi kain orang.


Halnya saya pernah menyibuk tentang bisnes kawan saya. Saya teruja. Memang begitulah sifat saya. Suka lihat kejayaan orang.

Ini seperti apabila melihat orang bermain catur. Ada sahaja langkah yang kita ingin beritahu. Tetapi itulah. Tak patut pun buka mulut.


Saya langgan emel bisnes kawan saya itu. Saya pelik kenapa tidak digunakan pemasaran emel dengan berkesan.


Bahkan pembelian produknya melalui WhatsApp. Padahal boleh guna sepenuhnya untuk website ecommerce.


Pada awalnya emel saya sering dibalas lekeh. Baik. Sebab dia saya kenal, mungkin begitu sifatnya.


Tetapi makin lama makin bagi pandangan saya menjengkelkan sungguh.


Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti melanggan emel.


Bahkan saya tak mahu tahu langsung perkembangan bisnesnya. Saya tahu yang membalas emel itu bukanlah CEO syarikatnya. Hanya sebahagian sahabat yang saya kenal.


Tapi itulah. Lebih baik saya buat tak tahu.


Sejak itu saya malas untuk tahu tentang perkembangan bisnes kawan saya itu. Buat tak tahu je.


Kalau ada strategi atau taktik bagus, barulah saya menyibuk. Tapi kalau orang itu sendiri tak mahu dengar atau minta, kita tak perlu pun sibuk.

Sebab nanti jadi sakit hati macam saya ini. Fuh. Memang panas je baca emel balas kawan saya itu.

Tapi itulah pengajaran berbaloi buat saya.


Akhirnya saya sendiri tentang selepas henti langgan. Tidak perlu sibuk hal orang lain. Fokus pada pembangunan bisnes sendiri.










Monday, August 28, 2017

Bekalan Seorang Daie

"Ayuhai ikhwah, apakah bekalan enta sepanjang enta menyampaikan tazkirah dan menjalankan kerja-kerja dakwah ini?" tanya Azlan?

Ketika itu kami duduk bersama berbincang tentang masalah anak usrah kami.

Aku diam tidak terkata. Bukankah bekalan kita ini adalah makanan? Pastikan makan cukup dan buat senaman cukuplah.

Dalam itu barulah kerja dakwah akan berjalan lancar. Bahkan kerja dakwah ini bukankah sama seperti kita buat aktiviti kebaikan yang lain?


Sama seperti kita memberi makan kepada golongan gelandangan. Dengan harapan amal kita itu diterima Allah SWT?


Seperti biasa, aku diam. Itulah sifat aku semulajadi. Aku tidak suka ingin menyampaikan pemikiran aku sendiri.

Azlan menggeleng.


Dalam buku Bekalan