Bengkel Penulisan Artikel 2013 bersama Tuan Zamri Mohamad


Serius terbaik!

Aku tak sangka terbuka minda aku lubuk-lubuk mencari rezeki dengan hanya menulis.


Aku mula kenal Tuan Zamri Mohamad melalui bukunya "Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas". Aku beli pada bulan Mac tahun lepas. Aku ingat lagi aku beli secara online di Bookcafe.com.my

Ketika itu, bersemangat aku hendak menulis menghantar ke akhbar dan majalah tempatan. Namun hasrat tinggal aspirasi. Tiada tindakan oleh aku untuk menghantar langsung penulisan.

Alasan aku mudah sahaja, takut ditolak. Atau sebenarnya aku tidak yakin dengan penulisan aku.

Berkredibiliti atau tak?

Akhirnya Tuan Zamri menjawab, "Itulah gunanya Tuan dan Cik Puan menggunakan sumber berautoriti untuk diletakkan di dalam rencana tuan."

Oh. Begitu mudah. Tetapi kenapalah aku ini takut sangat untuk menulis dan hantar.


Bersama mentor aku, Tuan Zamri Mohamad.

Banyak tip-tip berguna aku belajar. Betul lah bahawa ilmu tidak setakta percaya (wajibul yaqin). Aku perlu juga merasa sendiri ilmu itu (ainul yaqin) dan kemudian untuk mencapai tahap betul percaya kebolehan aku, perlulah aku melaksanakan apa yang telah aku pelajari dari bengkel ini. 

Kemudian barulah aku mencapai tahap betul-betul yakin (haqqul yakin).

Insya-Allah aku akan masukkan juga sedikit demi sedikit tip-tip yang aku belajar.

Tak boleh masuk semua sebab aku tidak amalkan apa yang telah aku belajar.

Tak naklah kita berteori sahaja, kan?

Ada pandangan nak diutarakan? Terutama bagi alumni KursusPenulisan.com

Jom kongsi pengalaman dan pendapat.
Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »