5 Tips Cara Nak Memohon Sambung Master dan PhD di UPM

Ramai yang tanya aku bagaimana caranya untuk sambung master di Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk meringkaskan kaedah sambung belajar ini, aku menulis satu post khas macam mana untuk yang bertanya. Moga bermanfaat bagi yang berniat ikhlas meneruskan pengajian ke peringkat sarjana sama ada master atau PhD.

Keperluan

Pertama, keperluan atau syarat untuk meneruskan pengajian di UPM senang sahaja. Hanya perlu ada ijazah sarjana muda atau bacelor (panggilan UPM). Itu sahaja. CGPA pula hanyalah untuk memudahkan anda mendapat biasiswa dan tajaan luar untuk sambung pengajian. Anda boleh sambung master pada mana-mana bidang yang anda minat. Tiada syarat itu dan ini. Ia bebas. Ketentuan ini adalah hak milik anda!

Lihat brochure Sekolah Pengajian Siswazah untuk maklumat lanjut.

Sambung master atau PhD di UPM senang sahaja. Anda boleh daftar online. Tiada borang tersembunyi pun. Tak perlu susah-susah datang menjenguk ke pejabat SGS yang jauh nun di atas bukit. Memang niat mereka tu nak bagi bakal siswazah kurus, agaknya.

Satu lagi, boleh daftar semasa ekspo graduate anjuran UPM. Ini selalunya diadakan pada penghujung bulan 5. Boleh cek laman web UPM apabila bulan Mei menjelang. Kelebihan daftar semasa ekspo, dapat pengecualian pemprosesan borang sebanyak RM60. Bagi yang sudah bekerja, RM60 ini apalah sangat, kan?

1. Daftar Online

Pertama, daftar online di laman web SGS. Ambil Apply Now.

Ikut prosedur yang diminta. Apabila tiba bab pemilihan penyelia atau supervisor, pilih sahaja apa-apa dahulu jika kita tak tahu.

Pada semester satu dan dua, pelajar akan diberikan penasihat atau advisor dahulu. Kelebihan ini, pelajar boleh tukar penyelia semasa tahun pertama. Kelemahannya, pelajar mengulat nak buat proposal projek sebab tak yakin dengan supervisor yang terpilih.

Mana tahu? Sebab aku macam tu. Opsss. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan, k?

Nasihat aku, cari dahulu mana-mana maklumat tentang supervisor yang hendak anda sambung itu. Tekniknya, rujuk laman web rasmi fakulti, tanya kawan yang belajar di sana, atau jumpa pensyarah itu sendiri.

2. Prosedur

Selepas habis isi, cetak borang tersebut dan lampirkan maklumat-maklumat yang diminta seperti salinan kad pengenalan, kertas cadangan projek atau project proposal, dan lain-lain.

Bagi graduan yang baru tamat belajar, wajib bawa semua salinan keputusan setiap semester. Contohnya aku dulu belajar 8 semester, jadi kenalah bawa 8 slip keputusan semester. Nak dijadikan cerita aku tak simpan semua slip itu. Terpaksa pergi ke bahagian akademik untuk cetak semula. Bayaran RM10 satu k. Terpaksa menghabiskan duit dek kerana kecuaian aku sendiri. Dush!

Jika sudah ada transkrip graduasi, tidak perlu lakukan macam aku. Terus guna salinan transkrip graduasi anda itu.

Untuk referrer, aku minta Dr. Rosenani dan Dr. Anuar. Kedua-duanya pensyarah daripada Jabatan Pengurusan Tanah dan baik belaka mereka. *pujian

 Kemudian setelah lengkap semua maklumat yang diminta, hantar borang ke pejabat SGS nun di atas bukit UPM bersertakan slip bayaran sebanyak RM60 atas nama UPM. Atau kalau anda duduk ceruk jauh dari Serdang, hantar sahaja borang yang lengkap dengan bayaran juga melalui pos laju.

Bukan kepilkan wang tetapi kepilkan salinan slip bayaran kepada bendahari UPM.

Selalunya berdasarkan pengalaman aku, borang kemudiannya akan diproses dalam 1 hingga 2 bulan selepas diterima oleh SGS. Tunggu surat tawaran sampai ke rumah anda nanti. Jika sampai, bolehlah melompat girang kerana anda akan diterima masuk ke UPM.

Yipee! Ops. Jangan lupa sujud syukur. Tawaran untuk sambung ke peringkat sarjana ini satu anugerah, k. Hargainya.

3. Pendaftaran

Setelah mendapat surat tawaran, boleh lah mula mendaftar. Bayar yuran yang diminta dan sediakan juga laporan medical checkup atau pemeriksaan kesihatan. PKU UPM ada menyediakannya. Pergi ke sana sahaja. Bayaran tidak mencecah ratusan ringgit. Kalau kedekut macam aku, boleh pergi ke Bandar Seri Putra.

Sebaik sahaja anda bayar yuran, bermulalah kehidupan anda sebagai pelajar sarjana di UPM. Lain fakulti lain syaratnya. Aku di fakulti Pertanian diwajibkan ambil kelas 6 jam kredit dengan kod 4000 ke atas. Fakulti Sains pula tidak.

Sekarang yuran kemasukan telah naik. Kalau dahulu RM1800, kini RM2100 atau RM2300, bergantung kepada bidang, untuk sesiapa yang ambil research. Coursework lagi mahal.

Apa beza research dan coursework? Itu aku kisahkan pula pada post ini. Setakat ini ketahui bagaimana proses memohon menjadi pelajar siswazah (master atau PhD) di UPM dahulu.

4. Saranan Bengkel

Kalau boleh, ada apa-apa sahaja seminar atau bengkel tambah ilmu, datang sahaja, jika bayaran berpatutan.

Aku amat sarankan hadir bengkel tulis tesis pantas oleh Dr. OT. Bengkel tersebut santai dan mungkin membuka minda kalian seluas-luasnya mengenai dunia sarjana ini. Sebab aku memang terbuka selepas hadir seminar ni, k. Kalau kalian tak terbuka, itu... kehendak Allah. Aku tak mampu nak kata apa lagi.

Jangan terlalu kedekut sangat untuk mencari ilmu. Biar bodoh sehari jangan bodoh setahun!

Kalau susah sangat, beli sahaja buku Tulis Tesis Pantas. Mana tahu nanti terbuka minda kalian nak belajar cara tulis tesis dengan betul daripada Dr. Othman Talib.

Tapi ingat! Wajib untuk seorang bakal pelajar master rajin membaca. Apalah sangat habiskan sedikit pelaburan demi masa hadapan master kita yang cerah (insya-Allah). Jadi ringan ringan kan tangan membeli buku Tulis Tesis Pantas. Dalam buku itu terkandung 1001 ilmu menulis tesis bermula daripada research proposal sehinggalah menyiapkan penulisan tesis master.

Tak percaya? Beli dahulu baru tahu. Aku berani rekomen tau!

5. Tahniah!

Selamat menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Ketahuilah anda telah mendapat satu anugerah sebaik sahaja melangkah ke UPM dengan pangkat pelajar sarjana. Alhamdulillah.

NOTA: Maaf ya, aku bukan pegawai SGS untuk jawab segala macam persoalan teknikal yang terbuku di minda anda. Boleh hubungi terus pihak SGS di website mereka. Terima kasih.
Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »

109 comments

Write comments
sub.hadron
AUTHOR
26/9/13 delete

Salam wbt..nak tanya..Kebanyakan pasca-siswazah duduk di kolej atau diluar ? Kalau di kolej, kolej mana yg menerima pasca-siswazah..?

Menimbang-nimbang smda ke UPM atau UM utk phd..

Reply
avatar
26/9/13 delete

Walaikumussalam wbt.

Penginapan kolej kediaman ada. Semua kolej boleh menginap. Saya ada kawan yang menginap di Kolej Tun Perak dan Kolej Kedua. Saya juga ada kawan yang menginap di Kolej Serumpun.

Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Reply
avatar
isha
AUTHOR
23/10/13 delete

salam.. nk tny slip byran ke bebdahari upm.. cmne nk bt.. no akaun upm xde.. bt kt pjbt pos cmne.. mnta pencerahan

Reply
avatar
23/10/13 delete

Wasalam.

Saya kurang faham apa yang ditanyakan. Tapi tidak mengapa. Saya cuba jawab semampu mungkin.

Apa-apa masalah Cik Puan boleh rujuk ke website SGS UPM dan telefon pejabat SGS. Insya-Allah mereka boleh bantu.

Terima kasih.

Reply
avatar
isha
AUTHOR
23/10/13 delete

dah kol tpi x diangkt.. y rm 60 ringgit tu la..sme da settle.. tpi y byaran tu x tau cmne wang pos mney order pos order ke cmne

Reply
avatar
isha
AUTHOR
23/10/13 delete

fee ke bursa upm.. rm60

Reply
avatar
isha
AUTHOR
23/10/13 delete

nnti g pjbt pos ckp cmne

Reply
avatar
24/10/13 delete

Maaf Cik Puan. Saya hanya faham bahasa Melayu penuh. Apa yang Cik Puan tulis ini tidak dapat saya hadam.

Terima kasih.

Reply
avatar
cutenino
AUTHOR
26/10/13 delete

Salam. Saya ingin dapatkan penjelasan berkenaan dengan permohonan sambung master. Sebelum saya isi borang, saya terlebih dahulu kena buat research proposal ya? bagaimana kalau saya masih tidak tahu proposal apa yang saya hendak buat?

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
28/10/13 delete

Boleh buat research proposal standard. Macam FYP. Ini untuk memudahkan pihak SGS saring anda dimasukkan di bawah penyelia siapa nanti. Atau anda boleh terus jumpa penyelia yang ingin anda sambung untuk menulis kertas cadangan kajian.

Reply
avatar
Zara
AUTHOR
30/10/13 delete

Salam. Betulkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan lecturers kadang2 suka 'hold' students yang akhirnya selalu menyebabkan pengajian tertangguh bersemester-semester lamanya? Saya target nak habiskan master dalam 2 semester je. Macam mana ni? T_T

Reply
avatar
31/10/13 delete

Alhamdulillah. Bagus saudari ada target. Isu pensyarah menahan pelajar setakat ini tiada di fakulti Pertanian. Lagi banyak pelajar di bawah selian penyelia bergraduat, lagi bagus. Ini kerana mereka telah mencapai KPI mereka.

Jadi isu itu hanyalah urban legend. Apapun, bersyakwasangka baiklah kerana itu lebuh menyenangkan hati kita.

Reply
avatar
cutenino
AUTHOR
6/11/13 delete

Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya. Tapi, maafkan saya, apa itu FYP? Adakah kurang adab sekiranya saya hantar email kepada penyelia yang saya berkenan?

Reply
avatar
7/11/13 delete

FYP = Final Year Project = Projek Tahun Akhir.

Itu lebih baik sebenarnya supaya nanti kita tak serabut mencari pensyarah yang sesuai. Amalan di luar negara, pelajar akan menghantar emel kepada penyelia yang ingin mereka sambung. Ia patut diamalkan di Malaysia juga.

Reply
avatar
norasilah
AUTHOR
13/11/13 delete

assalammualaikum...saya ingin bertanya,...

saya sudah isi penuh online application dan sudah hantar semua dokumen hardcopy yang diperlukan..tetapi saya dapat email dari sgs yang application form saya not being fill- up completely.. .......tapi bila check balik dekat online application semua complete..

adakah memang begitu selagi permohonan kita tidak di proses..so die ckp x complete lagi?

Reply
avatar
依之汉
AUTHOR
14/11/13 delete

Sudah membuat bayaran servis perkhidmatan sebanyak RM60?

Reply
avatar
norasilah
AUTHOR
14/11/13 delete

saya sudah buat bayaran ...kenapa ye masih x complete?

Reply
avatar
14/11/13 delete

Saya rasa saudarai boleh telefon ke pejabat SGS untuk maklumat lanjut.

Boleh juga bertanya di grup sokongan pelajar SGS.

Rujuk https://www.facebook.com/groups/483614008325803/

Reply
avatar
norasilah
AUTHOR
16/11/13 delete

terima kasih :)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16/1/14 delete

saya sekarang buat degree in science....berapakah kredit points diperlukan untuk menyambung pelajaran ke masters in science di upm?

Reply
avatar
31/1/14 delete

Alhamdulillah. Saya ucapkan tahniah kepada Anon. CPGA bukan kayu ukur untuk sambung master. Keazaman dan iltizam puncak utamanya. =)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8/2/14 delete

boleh ke kalau sambng master bdg laen from degree..aku amek sains mse degree and rse nk sambung bidang administration for master..

Reply
avatar
8/2/14 delete

Sebenarnya telah saya tuliskan di post ini,

"Anda boleh sambung master pada mana-mana bidang yang anda minat."

=)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10/2/14 delete

logik x kalau budak sains tukar ke bidang bahasa?agak2 susah x nak catch up blajar?huhu..

Reply
avatar
10/2/14 delete

Tiada masalah. Saya ada kawan yang sambung master dari bidang Teknologi Makanan ke Sains Sosial. Yang penting kita ikhlaskan niat dan tahu mengapa kita sambung ke peringkat yang seterusnya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13/2/14 delete

asalamualaikum saudara..
saya pun ada angan2 nak buat master ....cuma keliru byresearch dn coursework yg mna terbaik ? pointer adakah menjadi ukuran .....u bt master ni....keliru

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16/2/14 delete

salam saudara..mahal ke tidak yuran utk sambung master di upm?

Reply
avatar
Ashportal
AUTHOR
27/2/14 delete

Tumpang tanya, yang tuan daftar ini adalah course sepenuh masa ke? Are there any options for part timer?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1/4/14 delete

Slm..nk tanye
Project proposal kite buat sendiri ke atau ade bantuan supervisor?
Saye nk smbung master research..tapi have no idea on project proposal

Reply
avatar
nur ain
AUTHOR
21/7/14 delete

salam saudara

harap saudara sudi jawab soalan saya. saya berminat nak sambung master dalam bidang MBA. tapi saya ambik degree teater. boleh ke saudara? saya dah apply kt UKM tetapi ditolak sebab saya atkde basic dlm BBA dan pengalaman kerja saya tak mencukupi. saya nak sangat sambung dl MBA

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
29/7/14 delete

Waalaikumussalam.

Maaf. Saya tak dapat jawab soalan saudari itu kerana luar dari pengetahuan saya. Saudari boleh rujuk pejabat SGS untuk maklumat lanjut dan terperinci.

Terima kasih.

Reply
avatar
im cik mya
AUTHOR
3/8/14 delete

nice penulisan...rasa nk amek master sbb sekrang sedang LI kay brunei..mana tahu ada rezeki..tp dengar2 pointer kne 3.00 ke :( sbb pointer ada jatuh sket....

Reply
avatar
7/8/14 delete

Untuk sambung ke peringkat master, PNGK adalah yang kedua. Yang pertama adalah kemahuan dan semangat untuk meneruskan legasi ilmu saintis.

Saya doakan kejayaan CikPuan Mya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18/8/14 delete

Salam. boleh saya tahu, upm buka intake untuk sambung master ni berapa kali setahun dan pada bulan berapa intake tu ye? terima kasih :)

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
18/8/14 delete

Salam. Biasanya kemasukan pelajar master/PhD adalah mengikut kemasukan pelajar sarjana muda, iaitu bulan Januari dan September. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pihak SGS sendiri.

Terima kasih!

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
18/8/14 delete

Digalakkan saudara/i pergi ke bengkel 'Tulis Tesis Pantas' pada pautan URL yang saya berikan di atas atau beli buku Dr. OT seperti post di atas juga. Insya-Allah akan terbuka minda untuk tulis proposal project dengan lebih tenang dan mudah.


Terima kasih.

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
18/8/14 delete

Pengetahuan saya dalam hal ini adalah tidak banyak. Boleh rujuk pegawai SGS untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
18/8/14 delete

Yuran saya sudah ditanggung oleh biasiswa MyBrain15. Saya galakkan anda juga ambil demi kelestarian sebagai pelajar master/PhD.

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
18/8/14 delete

Waalaikumussalam. Saya galakkan kita bertanya kepada pencipta kita. Dia lebih mengetahui. Lakukan solat sunat istikharah untuk jawapan yang lebih tepat. Kepada Allah jua kita memohon.

Reply
avatar
Nurlin H
AUTHOR
4/9/14 delete

Salam....awak, saya nak tanya pendapat awak tentang research university...Ada beza x kalau grad dari u yang bukan research uni (uitm contohnya)?
Sebabnya saya pening...saya dah jumpa potential sv di uitm..kawan saya (phd stutent di usm) pulak kata kalau nak sambung master atau phd, buat lah di u yang research u.
Tu yang rasa nak sambung kat upm lah pulak..
Thanks..
Ps: saya sudah seperti lalang

Reply
avatar
Infinite-infO
AUTHOR
4/12/14 delete

salam..saya telah isi permohonan online untuk master di upm..pada mulanya mengisi master without tesis..bl da tamat dateline tu bru rsa nak amik master with tesis..boleh ke nak tukar bl da dapat nanti?

Reply
avatar
4/12/14 delete

Solat istikharah. Mohon pedoman daripada-Nya.

Reply
avatar
4/12/14 delete

Boleh call pihak SGS untuk penukaran. Saya sangat sarankan beli buku Tulis Tesis Pantas sebagai panduan jika betul ingin mengambil master dengan tesis.

Reply
avatar
Infinite-infO
AUTHOR
4/12/14 delete

owh..timakasih byk2..sbb hr ni org bhgian sna ade msj suruh pergi interview dulu..kiranya sempat lagi la ye nak tukar..nak beli dekat mana ye buku tu?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5/12/14 delete

salam,nak tanya...cmne nak buat bayaran bank in?adakah guna yg ini
Bank Account No: 12150005004050
Bank Name : CIMB BANK BERHAD
Account Name : KIRA-KIRA AM U.P.M
Bank Branch : UPM, SERDANG BRANCH
Swift Code : CIBBMYKL

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10/12/14 delete

Assalamualaikum....
tumpang tanye, kalu saya telah mendapat tawaran sambung master di upm dengan coursework tanpa tesis. Boleh x, kalu saya nak tukar coursework kepada research?

Reply
avatar
27/12/14 delete

Assalamualaikum

sy nak bertanya berkenaan yuran pengajian. sbgai pelajar baru, adakah pembayaran yuran pengajian perlu dibuat secara lump sum? atau boleh dobayar secara beransur ansur?

Reply
avatar
28/12/14 delete

Waalaikumussalam.

Wajib bayar penuh.

Reply
avatar
28/12/14 delete

Mohon telefon pihak SGS untuk maklumat teknikal seperti ini. Terima kasih.

Reply
avatar
28/12/14 delete

Mohon telefon pihak SGS untuk maklumat teknikal seperti ini. Terima kasih.

Reply
avatar
28/12/14 delete

Saya ada letak link di entri ini. Boleh baca semula.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30/12/14 delete

assalamualaikum..

sy nak tnya tentang pendaftaran master. sy akn dftar master pd bulan feb 2015 nt. persiapan apa yg perlu sy lakukan before dftr?
dan mengenai yuran, yuran sem 1 sy adalah 1200 memandangkan sy amik coursework, yuran jam kredit perlu bayar sekali ka time daftar tu? dan bila sy akn dftar subjek?, sbb yuran jam kredit bergantung pd subjek yg sy dftar setiap sem.

medical checkup pula bagaimna ya? perlu d lakukan awal or buat d pusat ksihatan upm ?

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
30/12/14 delete

1. Saya amat sarankan mendaftar ke Bengkel Tulis Tesis Pantas dan beli buku Tulis Tesis Pantas. (ada link saya letak di entri ini)
2. Ya. Sekali semua.
3. Perlu buat seperti yang telah saya nyatakan di atas dan komen-komen yang sedia ada. Mohon baca semula.

Nota: Saya bukan Pegawai Teknikal SGS. Terima kasih.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
31/12/14 delete

Salam. Tumpang tanya. Adakah semua dokumen perlu dosahkan terlebih dahulu sebelum diupload kedalam portal?

Reply
avatar
Mohd.
AUTHOR
1/1/15 delete

Assalamualaikum...Thanks for the good article. Its very helpful.

Saya nak tanya...saya submit application(program with thesis) 16/12 lepas. Encik rasa sempat x sy dapat tawaran untuk kemasukan Feb 2015? risau pulak.

Terima Kasih.

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
3/1/15 delete

Berdasarkan pengalaman saya, sebulan hingga dua bulan borang permohonan yang telah lengkap untuk diproses. Wallahualam.

Reply
avatar
Aina Haziqah
AUTHOR
4/1/15 delete

Assalamualaikum, bagaimana nak tukar course lepas kita mohon? tapi form saya dia dah ambil untuk processing :3

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
4/1/15 delete

Mohon baca ayat akhir sekali dalam entri blog ni. Kemudian nanti kongsi lah di sini bagaimana caranya ya. Insya-Allah ramai akan dapat manfaat.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12/3/15 delete

Salam....saya suda dua tahun menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda namun masih belum bekerja. Saya bercadang untuk melanjutkan pengajian keperingkat master sebab semangat belajar masih ada, tetapi cgpa saya dibawah 3.0. Layakkah saya untuk smbg master disebabkan syarat minimum untuk smbg master di universiti sekurangnya cgpa 3.0 ke atas

Reply
avatar
Izham
AUTHOR
12/3/15 delete

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kerana ingin meneruskan tradisi belajar di universiti. Takziah kerana rezeki bekerja belum tiba.

Saya sarankan solat istikharah dahulu sebelum membuat keputusan sambung master. Perjalanannya bukan mudah!

Untuk PNGK bawah 3.0, ada syarat terkecuali iaitu dengan kesediaan penerimaan supervisor. Jadi langkah pertama cari supervisor. Bagaimana? Sila baca komen2 di atas. Terima kasih.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26/3/15 delete

Hello, tumpang tanya di manakah saya boleh rujuk untuk mendapatkan transcript degree UPM saya untuk dihantarkan ke luar negara? Apakah prosedur permohonan tersebut dan berapa lama proses penghantaran transcript tersebut? Berapa bayaran akan dikenakan dan apakah cara pembayaran tersebut, adakah secara tunai atau wang pos? Dan apakah documen yang perlu disertakan?

Terima kasih.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26/3/15 delete

Erk. Ini salah tempat tanya. Mohon bertanya di Bahagian Hal Ehwal Pelajar san Alumni UPM.

Amalkan sikap bertanya pada orangnya. Terima kasih.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26/5/15 delete

Assalam, en Izham. saya kurang faham dengan mode pengajian siswazah yang ditawarkan upm
1) coursework
2)mixed mode
3)research
Dalam pemahaman saya, coursework macam undergrad ke masuk kelas, ambil exam semua, research (buat penyelidikan sepenuh masa kan). sume mode kena thesis ke?
Regards,
Amalina

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18/6/15 delete

Salam sy nak tanya berapa lama tempoh sgs keluar offer letter . Adakah melebihi 2 bulan ?

Reply
avatar
Izham Alias
AUTHOR
17/7/15 delete

Perlu follow up dengan SGS. Terima kasih.

Reply
avatar
Izham Alias
AUTHOR
17/7/15 delete

Ya begitulah.

Reply
avatar
jeggeggo
AUTHOR
2/9/15 delete

So, kita perlu bayar kemasukan dengan wang sendiri atau biasiswa cover? Boleh cerita pasal biasiswa? Apply biasiswa dulu or sedang masuk sem 1 baru apply biasiswa?

Reply
avatar
Izham Alias
AUTHOR
2/9/15 delete

Wajib bayaran dulu sebelum mendaftar.

Duit yuran sama ada wang sendiri atau biasiswa papa mama.

Selepas daftar, mohon MyBrain15 (google je). Kalau lulus, semester 2 nanti dapatlah semula duit yuran semester satu.

Daftar masuk dahulu barulah mohon biasiswa.

Antara yang ada:

1. JPA
2. MARA
3. MyBrain
4. GRF
5. GRA
6. PaMa (papa amma)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22/10/15 delete

Assalam, bolehkah kita check dengan sgs untuk mengetahui status result application master kita?.

Reply
avatar
4/11/15 delete

Salam, saya berminat untk sambung master di Fak. pertanian. Boleh beri beberapa cadangan Course apa yang sangat berguna untuk masa hadapan dan SV yg bagus . 😊

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

Salam Saudara Author,
Saya merasakan jawapan saudara terhadap saudari/saudara Isha tersebut adalah berunsor ketwat dan berlagak. Sekiranya tidak faham sekalipun apa yg ingin disampaikan oleh beliau, saya yakin, pasti ada maklumbalas yg lebih sopan. Terima kasih.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

Saudari Zara,

Kerlas uols... nk abiskan master 2 sem je... kiranya dah ada database utk research la ni yer... kerlas... good luck...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

takde istilah lecturer hold student belajar sampai bersemester2. selalunya student tu sendiri yang hold pembelajaran mereka sendiri akibat daripada kekangan masa.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

tiada masalah rasanya sains tulen ke sains sosial mahupun sastera. tetapi agak sukar kiranya dari sastera ataupun sains sosial ke sains tulen.

logik mahupun tidak budak sains tukar bidang bahasa, bg sy logik sahaja. terpulang kepada individu tersebut utk melayari bahtera itu sekiranya mereka yakin boleh. *pengalaman: sy dr sains tulen ke sastera kemdian ke sains sosial. Alhamdulillah, berjaya lepasi semuanya*.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

by coursework: belajar dlm kelas then exam sepenuhnya
by research: buat penyelidikan (tesis/ dissertation) sepenuhnya
course+research: 20% coursework + 80% research (upm amlkan yg ini)

xde mana lagi bagus, sama sajer. pilihla mn yg berkenan

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

nk sambung master, tp pointer kecik, yg penting ada pengalaman bekerja. kalo fresh grad dgn pointer rendah drp 3.00 ataupun 2.75, mungkin susah skit. tp mungkin saya silap sebab sy merujuk perkara ini pada tahun 2008 yg lalu. sekiranya dah ada pengalaman kerja lebih 3 tahun, cgpa 2.30 masa bacelor pun bole sambung master.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

rasanya xde masalah dr universiti mana sekalipun asalkan sijil2 dan course2 dr universiti itu adalah dilayakkan oleh kementerian pengajian tinggi malaysia.

tentang research university tu, rasanya yg dimaksudkan oleh rakan anda adalah research university lebih baik dalam mengemudi research. tetapi harus diingat, tidak semudah ye utk menyediakan dan menyiapkan tesis di research university kerna lalui banyak prosedur. sbb nk jaga kualiti kan. tp its a very good experience. once dah siap, anda akan merasakan dapat Anugerah Nobel gitu.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11/11/15 delete

coursework: belajar dlm kelas, then amik exam, ada simple projek paper (sepenuhnya).
mixed mode: belajar&exam 20%, research 80%.
research: 100% penyelidikan.

UPM mengamalkan mixed mode.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13/1/16 delete

Asslamualaikum..
saya inginkan kepastian mengenai permohonan untuk menyambung master/PhD di UPM, permohonan tersebut boleh dilakukan semasa sem akhir degree ataupun selepas tamat degree nanti?
Terima kasih :)

Reply
avatar
6/2/16 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
avatar
6/2/16 delete

Salam saudara author, utk medical checkup bagi yg nak sambung master, tempohnya brapa lama? Adakah lebih dari sehari dua?

Reply
avatar
Izham Alias
AUTHOR
6/3/16 delete

Perlu telefon tanya.

Reply
avatar
Izham Alias
AUTHOR
6/3/16 delete

Pilih mana yang dekat di hati.

Reply
avatar
Izham Alias
AUTHOR
6/3/16 delete

Dicadangkan mohon selepas habis belajar dan dapat kesemua keputusan PNGK.

Reply
avatar
Izham Alias
AUTHOR
6/3/16 delete

Sehari sahaja.

Reply
avatar
Sharon Ling
AUTHOR
18/4/16 delete

Hi, boleh tanya, permohonan master di UPM bagi semester 1 sesi 2016/17 bila tamat tempoh? Terima kasih. Yang guna SGS portal untuk mendaftar?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
19/4/16 delete

Hai, nak tanya.. Student ipts CGPA 2.92 rasanya ada pluang tak? Dan apa course yang sesuai untuk orang kurang ilmu kurung pndai madam saya? Saya layak tak ambik master?

Reply
avatar
CAMILA PEDRO
AUTHOR
28/5/16 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
avatar
Unknown
AUTHOR
15/7/16 delete

hi..nak tanya utk referee academic tu.. kita cuma perlu isi nama dan maklumat referee sahaja melalui online ataupun kena minta referee utk hantar apa2 report ke fakulti berkenaan?

Reply
avatar
22/7/16 delete

Nk tanya blh ke degre sain sosial sambung master matematik

Reply
avatar
23/7/16 delete

Blh x degre sains sosial sambung master matematik

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/9/16 delete

Macammana kita nak tahu supervisor yang kita pilih sambung master, mempunyai grant/projek? terima kasih

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/9/16 delete

Call nombor pejabat.

"Hello? Ini Dr Lim Guan ka? Saya Ravi. Saya ingin sambung master. Saya ada soalan sikit. Harap tak mengganggu Dr Eng. Dr ada grant tak untuk support research yang akan saya sambung ini? Jika ada, saya mahu jadi supervisee Dr. Terima kasih."


Selesai.

Ada faham?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/9/16 delete

Pergi la jumpa pensyarah tu. Jangan malas weh!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/9/16 delete

Tak boleh sampai kiamat pun.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/9/16 delete

Ya kamu tak layak pun. Siapa suruh tak baca tuan blog ini tulis apa. Komen atas pun malas baca.

Patut la tak layak jadi pelajar Master pun.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/9/16 delete

Dei, tiada baca ka tuan blog ini tulis apa? Pergi call kerani SgS tanyalah.

Lain kali baca 100kali.

Reply
avatar
Sumpah Bodoh
AUTHOR
7/9/16 delete

Bodoh. Baca komen-komen kat atas la. Tu Izham dah jawabkan. Ko memang aku sumpah tak sambung master.

Reply
avatar
Naqiu Norzah
AUTHOR
20/9/16 delete

Salam tuan.kebiasaannye, pelajar sarjana di upm memulakan pengajian pada bulan brpe ye?dan ada berapa kali pengambilan untuk setahun??

Reply
avatar
Hannah Boss
AUTHOR
20/9/16 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
avatar
21/10/16 delete

utk pelajar International mcm mna ncik?, macam saya ni sya dari Indonesia nak sambung blaja kat sana, nak ambik master kat sana.
kalau kos utk pelajar International sama tak dengan kos yang ncik ktkan di blog ni?

Reply
avatar
Mrs Martins
AUTHOR
22/10/16 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
avatar
bella albert
AUTHOR
26/10/16 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
avatar
26/10/16 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
avatar
Laura Jacobs
AUTHOR
17/11/16 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
avatar
1/2/17 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12/2/17 delete

Assalam, nak tanya, saya amik pjj master kt upm, ada x kemudahan penginapan kt mana2 kolej yg saya boleh gunakan dgn bayaran harian sbb biasanya kelas d hujung mggu saja. So dtg jumaat ahad dah balik. Tq ye ����

Reply
avatar
fahmi zakari
AUTHOR
25/3/17 delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
avatar