Seminar Pembentangan Jabatan Pengurusan Tanah - Hari Kedua

Oleh kerana sesi aku sudah habis, tidak perlulah aku bergegas datang awal. Jadi, aku lepak bersarapan seorang diri dahulu di hadapan pejabat fakulti Pertanian.

Sedang aku makan, terlihat pula kelibat si Zulkhairi keluar tergesa-gesa dari bangunan bilik kuliah.

"Jang, marilah makan. Kita sembang-sembang dahulu," ajak aku.

Dia hanya menggoyang-goyangkan tangan tanda dia sudah habis pembentangan. Mesti gembira, fikir aku. Dia pergi begitu sahaja.

Aku singgah sekejap sahaja ke bilik kuliah 4. Sempat lihat pembentangan pelajar selian Prof Zul. Baik juga ya Prof. Zul. Aku lihat beliau membantu menerangkan beberapa istilah baru kepada hadirin yang bertanya.


Prof. Zulkifili membantu menjawab beberapa soalan yang pelajarnya kurang arif.
Kemudian aku kembali ke bilik siswazah 7 untuk sambung pembetulan proposal projek aku.

Pada pukul 11 pagi aku datang sekali lagi untuk beri sokongan kepada Fahmi, jiran sebelah meja aku di bilik siswazah. Projek dia sudah berlangsung awal semenjak dia masuk sarjana di UPM. Aku ni je sampai sekarang masih melanggu buat proposal. Erk.


Fahmi khusyuk melihat pembentang seterusnya selepasnya.
Kemudian pada 11.30 pagi pula aku singgah ke bilik kuliah 2. Menunggu pembentangan oleh Halimah pula. Ini sebagai tanda sokongan aku kepada dia. Yelah kawan tu sudah datang semalam ke seminar kita, jadi perlulah kita membalas pula.


Halimah bersedia untuk pembentangannya pula.
Apa yang menariknya, sebelum pembentangan Halimah, Sarah, pelajar luar negara, membuat pembentangannya dahulu.

Aku lihat banyak sokongan daripada kawan-kawannya. Seorang merakam video dan apabila Sarah selesai dan kembali ke tempat duduknya, aku lihat kawan-kawannya memberi sokongan dengan menunjukkan ibu jari tanda bagus sebelum mereka beredar.


Merakam video pembentangan Sarah.



Memberi ucapan tahniah kepada Sarah.


Apa yang tak bagusnya, mereka tak hormat pembentang seterusnya. Yelah. Kalau nak keluar itu, biarlah sebelum pembentang mula memberi salam bagai.


Perbuatan ini mesti dielakkan.


Dr. Siti Hajar pernah menasihati aku, "Izham, kalau kamu nak keluar semasa seminar atau apa-apa pembentangan, keluar sebelum atau selepas pembentang selesai. Jangan jadi kurang ajar dengan keluar semasa pembentangan berlangsung. Tetapi taklah kita dapat halang kalau orang itu ada kecemasan seperti hendak ke tandas, kan?"

Oh ini juga tidak terkecuali untuk pelajar tempatan. Sama sahaja perangai mereka.

Aku tabik sama pensyarah-pensyarah kami kerana mereka hanya keluar jika ada perkara penting. Itupun selepas pembentangan selesai. Salut sama mereka kerana menunjukkan qudwah yang baik kepada pelajar.


Dr. Rafi khusyuk mendengar pembentangan proposal seminar pelajar.
Selesai sesi pagi seminar, kami pergi makan tengah hari. Nampaknya ada rezeki percuma untuk makan sama peserta di hadapan pejabat. Nyum~

Nota: Untuk video pembentangan yang sempat aku rakam;

Fahmi
Halimah
Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »