Bengkel Wordpress Bersama Tuan Azree Hanifiah

Ini adalah bengkel berbayar pertama yang aku hadir sepanjang hidup aku.

Aku terlihat poster Bengkel Wordpress anjuran PTS COE semasa aku meluncur di Facebook. "Wah ini anjuran PTS. Mesti mantap. Lagipun aku perlu berguru. Tidak aku faham sangat apa aku belajar dengan buku sahaja," fikir aku.



Lalu aku terus mendaftar diri. RM400 wooo. Tak apa. Nilainya 2 hari. Dan aku akan berguru dengan seorang bernama Azree Hanifiah. Siapakah beliau? Entah. Jadi aku pun google dan ternampak namanya. Salah seorang penulis buku rupanya.

Lokasinya di tempat yang sukar untuk aku pergi. Jadi aku menaiki LRT ke sana.

Kemudian Tuan Azree akan menjemput aku. Ketika ini jugalah aku mengenali dengan Tuan Izwan Robotys.

Pergh. Beruntung beb dapat kenal dua tokoh ini. Banyak juga aku belajar daripada mereka.

Punya banyaklah soalan aku bertanya kepada tuan Izwan. Itu, ini, sana, situ! Akhirnya apa yang pasti, Tuan Izwan pesan kepada aku, "Kalau tuan ada duit, beli sahaja theme. Tak perlu susah susah nak edit itu dan ini." Maksudnya fokuskan kepada isi kerana isi tetap raja!

Pada mulanya aku seperti ingin memberontak. Kalau banyak duit bolehlah. Ini satu sen pun aku tak mula lagi.

Tetapi itulah. Ketika itu aku masih di takuk minda 'pelajar'. Hanya tahu nak benda subsidi. Buatnya tidak.

Namun, apabila aku mula memasuki fasa minda bisnes barulah aku sedar aku perlu melabur untuk berjaya. Pelaburan ini bukanlah terhad kepada nilai duit sahaja. Tetapi juga masa. Bayangkan aku perlu melabur masa aku untuk berguru dengan pelbagai orang agar aku dapat menjadi seperti yang aku mahu.

Sepanjang aku ikut pelbagai jenis bengkel, aku sedikit demi sedikit dapat memahami rentak penulisan aku. Yang penting aku mengosongkan gelas minda aku setiap kali menuntut ilmu. Biarkan diri ini sentiasa dahaga untuk menuntut ilmu.

Dengan aku menyertai bengkel ini, aku dapat membina jaringan bersama orang kuat PTS. Aku juga mula membuka minda untuk menyertai bengkel-bengkel berbayar lain seperti Bengkel Penulisan Artikel anjuran KursusPenulisan.com (nama dan muka aku tertera sebagai testimoni woo).

Jadi, melaburlah apabila kita telah bersedia, seperti kata pepatah

"Apabila murid sudah bersedia, guru akan muncul"
- Siapa entah (sumber)
Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »