Beli Peti Sejuk Murah Terpakai atau Peti Ais Panasonic?

Hari ini aku dan isteri pergi membelek peti sejuk.

Aku berbincang dengan isteri sama ada mahu membeli baharu atau membeli yang terpakai. Pada awalnya bercadang untuk membeli yang terpakai. Harga boleh dapat dalam separuh harga asal.

Tetapi abah mencadangkan beli sahaja baharu.

Kemudian terfikir pula nak yang satu pintu atau dua pintu. Isteri aku cadangkan dua pintu lebih baik. Walaupun macam mahal sedikit, tetapi penjimatan berganda. Tambahan peti sejuk yang satu pintu, tempat sejuk bekunya tidak berapa berkesan.

Setelah berbincang, akhirnya kami bercadang membeli yang dua pintu.

Setakat ini aku hanya terbayang satu kedai elektrik di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Besar papan tanda kedainya.

Pergi di sana, kami lihat terdapat pelbagai pilihan peti sejuk bermula dari yang berjenama sehinggala kurang berjenama. Pastinya jika ingin memilih peti sejuk, jenama sudah tidak memainkan peranan penting. Hal ini kerana hampir semua jenama peti ais tahan lama.

Kakak aku membeli peti ais jenama Haier. Sudah 6 tahun masih bertahan. Jadi, aku simpulkan jenama tiada masalah.

Jadi kami memilih berdasarkan bajet. Bajet kami sekitar RM1000-RM1500.

Jumpa dua jenis peti sejuk. Satu jenama Samsung dan satu lagi jenama Panasonic.


Di situ ada tertera 2,3, 4 dan 5 bintang.

"Aiya, you tak perlu fikir pasal bintang ini. Peti ais biasa kos elektrik RM15-35 sahaja sebulan. Kalau you beli yang RM2,000 punya sebab ada 5 bintang, cuba you kira bila boleh dapat pulangan jimat kos elektrik?" kata Amoi si jurujual kedai elektrik.

Betul juga, kata aku.

Jadi kami mula tak kisah tentang bintang-bintang yang muncul di hadapan setiap peti sejuk yang ada. Yang penting setiap peti itu mesti memenuhi kehendak pasangan baru berkahwin:


  1. Boleh menyimpan barangan makanan untuk tahan lama
  2. Mempunyai peti sejuk beku bagi penyimpanan makanan basah seperti daging dan ikan
  3. Peti sejuk beku masih ada ruang untuk susu bayi disimpan dengan baik
Dan akhirnya, kami memilih peti sejuk Panasonic (Panasonic 2 Door Refrigerator 262L NR-BJ226SN) berdasarkan rekaan dan saiznya.


Kata si jurujual, ada promosi diskaun. Hanya RM1199. Isteri aku pun membeleklah di lazada.com.my untuk kepastian harga jualan online pula. Jadi tak perlulah nak membuang masa pergi ke satu-satu kedai elektrik untuk belek harga jualan.

Beli Peti Sejuk Murah Terpakai atau Peti Ais Panasonic?


Harganya pun lebih kurang sama.

Tip selepas beli peti sejuk

Abah pesan, selepas beli peti sejuk, jangan hidupkan lagi sehinggalah tempoh 24 jam. Ini bagi menstabilkan semula gas peti sejuk itu.

Sama juga apabila kita ingin pindah peti sejuk. Sehari sebelum pindah, pastikan peti sejuk tersebut telah ditutup suisnya dan dibiarkan tempoh bertenang selama 24 jam juga.

Setelah itu barulah diangkut untuk pemindahan ke lokasi lain.




Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »