Eksperimen Resipi Cara Buat Aiskrim Malaysia Gebu

Post sebelum ini aku bercerita tentang aku menolong Kak Besah untuk promosi aiskrim Malaysianya. Aku fikir bagaimana aku dapat tolonnya lagi?

Jadi aku bertanya, "Apa masalah Kak Besah semasa buat aiskrim Malaysia?"

"Akak nak cari plastik yang lagi panjang. Senang nak ikat," kata kak Besah.

Jadi aku berfikir bagaimana aku dapat tolongnya dalam hal ini.

Sebelum itu, mari kita masuk dalam satu eksperimen yang aku baru buat.


Eksperimen Jenis Air Untuk Aiskrim Malaysia

Isteri aku kata, air masak adalah air terbaik untuk buat aiskrim Malaysia berbanding air tapis.

"Jika guna air masak, ais akan lebih gebu," kata isteri aku.

Aku tak percaya. Jikalau guna air masak, akan makan masa dan kos untuk jerang air. Lebih elok kalau kita gunakan air panas untuk buat air gula sahaja.

Jadi aku pun buat eksperimen.

Pembolehbuah dimanupulasi:

1. Jenis air - air tapis, air masak, air masak tambah tepung jagung

Pembolehubah dimalarkan:

1. Kuantiti gula, jenis perasa (vico), isipadu susu.

Pembolehubah bergerak balas:

1. Rasa aiskrim Malaysia


Kesimpulan, setelah aku membuat aiskrim Malaysia, ya aku dapati air masak lebih rasanya gebu berbanding air tapis. Manakala air masak bersama bancuhan tepung jagung meningkatkan lagi warna dan rasa aiskrim tersebut.

Mengapa dengan bancuhan tepung jagung? Aku dapat resipi rahsia ini daripada post "Rahsia Aiskrim Malaysia Gebu."
Kiri sekali, aiskrim air tapis, tengah aiskrim air masak, kanan sekali aiskrim air masak dengan tepung jagung.

Cara Ikat Aiskrim Malaysia


Pada asalnya aku tak tahu alat apa sesuai untuk ikat aiskrim Malaysia. Aku ada idea tetapi tak tahu hendak terjemahkan dalam bentuk perkataan atau istilah untuk aku google. Aku teringat tentang grup Geng STP oleh Tn Faisal Abdullah. Jadi aku post di situ untuk bertanya mana tahu ada ahli yang pernah buat dan tahu caranya.


Tuan Mu'aaz memberi cadangan dengan kata kunci Plastic Sealer. Aku balas, tak boleh sebab nak seal plastik ini bukan senang.

Kemudian dia bagi kata kunci Bag Neck Sealer Malaysia. Aku tengok boleh tahan juga harganya.

Tuan Edariman bagi cadangan untuk hubungi Tuan Omar yang beritanya tentang inovasi pengikat aiskrim Malaysia pernah terbit di Utusan Melayu.

Manakala Tn Chu Kai bagi 2 link video cara ikat plastik aiskrim. Aha! Terus aku teruja.

 




Sebelum aku turunkan ilmu ini pada kak Besah, eloklah kalau aku praktikkan dahulu. Kemudian barulah aku mengajar padanya. Jika aku bagi link ini kepada dia, aku tak pasti dia dapat buat atau tak.

Anda pernah buat begini? Jom kita berkongsi pandangan untuk sama-sama dapat manfaat.
Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »

2 comments

Write comments
10/10/16 delete

bagus cara mngikat tu..trima kasih

Reply
avatar
13/4/17 delete

Nampak sedap aiskrim dalam gambar...

Reply
avatar