Dari Seremban ke Tambunan Sabah

Aku tak ingat ketika bila aku mendapat telefon daripada abah. Yang aku tahu ketika itu aku sedang menjaga Ahmad. Dia sedang sibuk bermain.

Abah membaca tawaran surat jawatan kerja aku.

"Pensyarah di Kolej Komuniti Tambun..."

Hati aku berdebar. Sejak bila di Tambun, Perak ada kolej komuniti?

"an, Sabah."

Seperti ada ledakan muncul di otak aku. Aku keliru. Apakah aku akan terbang ke Borneo? Apakah takdir ini aku akan berkenalan dengan orang Sabah?

Begitulah nampaknya. Abah menghantar gambar surat tawaran itu. Ya aku mendapat tawaran untuk menjadi seorang pensyarah di Kolej Komuniti Tambunan Sabah.

Hati berbelah bahagi. Isteri aku baru sahaja sebulan berada di Hospital Tungku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Kami baru sahaja tandatangan kontrak perjanjian rumah sewa untuk setahun.

Pelbagai perkara bermain di benak fikiran aku. Sebenarnya aku telah kecewa apabila hanya ditawarkan sebagai simpanan selepas tiga bulan selesai temuduga PPPT.

Ternyata, rezeki Allah itu luas.

Aku balik ke Ipoh pada raya kali ini bersama keluarga. Abah dan emak memujuk aku untuk menerima tawaran tersebut. Walhal aku sudah bercadang untuk membuka sebuah ladang mini fertigasi cili di rumah sewa aku.

Jika tak masakan aku mengambil sewa dengan harga tidak munasabah? RM700 per bulan untuk rumah corner lot?

Ya aku ingin berkebun. Aku ingin buktikan kepada orang ramai bahawa aku memang berkebun. Aku sudah pun hubungi Ridzuan untuk membantu aku.

Tetapi perancangan Allah itu melebih segalanya.

Akhirnya aku akur. Aku berbincang dengan isteri. Dia pun setuju untuk aku terbang ke Sabah. Awalnya aku ingin meminta tukar ke Semenanjung sahaja. Yelah, aku sudah berkeluarga. Jika aku masih bujang, aku tidak kisah. Tetap apabila berkeluarga, hal ini sukar difikirkan.

Entah kenapa, setelah solat istikharah, jawapannya biarlah aku ke berkelana ke Sabah dahulu.

Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »