Sinergi Untukmu Sahabat

Aku terbaca blog post kawan aku, Syed tentang usrah. Syahdunya aku baca.

Terus aku terfikir tentang masa lalu aku. Masa hadapan aku. Dan tentunya masa sekarang aku. Ah, Syed memang bagus orangnya. Bijak dalam menulis.


Aku teringat sebuah novel yang bagus untuk dihadiahkan kepadanya. Yelah, novel itu sendiri aku dapat habis baca dalam masa 2 hari. Itu menunjukkan betapa aku suka sangat jalan cerita novel tersebut.

Ok, di sini aku tak mahu ada spoiler. Eheh.

Biar Syed nanti review sendiri buku itu.

Cuma aku nak ceritalah proses bagaimana aku mendapatkan buku itu.

Apabila ingin membeli buku, aku pasti akan gunakan formula ini.

MPH Online


Aku akan cari tajuknya di MPH Online. Aku selesa membeli di situ. Aku dapati sudah tiada stok. Ah, sungguh mendukacitakan. Novel itu pernah aku lihat di MPH Alamanda. Muncul akan sesalan aku tidak memilikinya dahulu.

Hilal Asyraf


Novel itu karya Hilal Asyraf. Tentunya dia ada beberapa buah novel itu dalam simpanannya. Aku terus ke Facebooknya.

Ini jawapan beliau. T.T



BookOnline2u.com


Aku memikirkan lagi dari mana boleh aku dapatkan buku ini? Mesti ada kedai buku lain yang jual. Aku pun terus google. Terjumpa website ini BookOnline2u.com

Tidak tertulis ada stok ataupun tidak. Aku pun ambil risiko belilah. Lagi satu, kedai buku online ini pun tiada butang contact. Susah betul nak contact macam ini.

Yang pasti, penjual ini tidak memiliki syarikat. Dia membina website ecommerce yang separa auto. Aku terpaksa bank-in sendiri duit selepas borang tempahan dibuat.

Penerbit Galeri Ilmu


Novel Sinergi diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Fikir aku tentunya ada. Takkanlah penerbit tidak ada stok. Tetapi dalam website Galeri Ilmu mengatakan sudah tiada stok. Aduh, aku kecewa.

Tak apa. Aku cuba hubungi terus melalui butang contact. Sambil itu hati aku terus berdoa.

Alhamdulillah. Mendapat respon daripada penerbit.

Katanya ada satu sahaja tinggal. Aku menunggu jawapan daripada pihak BookOnline2u.com dahulu.

Mereka balas katanya sudah tidak ada stok. Berikan masa mereka seminggu. Jika masih tiada, mereka akan pulangkan semula duit aku.

Setelah seminggu, ternyata buku itu memang tidak ada stok.

Aku terus pergi ke Galeri Ilmu untuk teruskan pembelian.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas, dapat juga sampai ke meja sahabat aku itu.

Syed, moga buku itu mampu memberi kekuatan kepada kamu untuk meneroka dunia tarbiyah. Amiin.
Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »