Cara Beli Buku Online di Malaysia

Terdapat pelbagai cara beli buku online di Malaysia.

Jangan terkejut apabila ramai orang yang tidak tahu cara ini. Ramai kawan aku bertanya bagaimana hendak membeli buku online terutama buku terbitan luar negera?

Oleh itu aku sediakan panduan ini agar kita sama-sama mendapat manfaat.

Beli online tidak sama dengan beli di Big Bad Wolf (BBW). Untuk beli di BBW, panduannya berlainan.

Oleh sebab aku nak bagi hadiah buku, ya aku akan ke BBW. Jika tak, aku takkan pergi kerana bagi aku buang masa cari buku yang kita hendak di BBW. Kalau nak browsing bolehla.

Baik. Kita terus kepada cerita utama topik kali ini.

Keperluan


Untuk membolehkan seseorang membeli online, dia perlu tahu tentang 2 perkara iaitu

1. Akaun bank online
2. Kad kredit atau kad debit

Macam aku biasa beli online, jadi aku memang ada akaun bank online seperti maybank2u dan cimbclicks.

Kalau tidak mahir, maka mahirkan lah ya.

Buku Penerbit Malaysia


Jika ingin membeli buku penerbit Malaysia, biasanya setiap penerbit ada website masing-masing.

Contohnya:

1. PTS Publsihing - Bookcafe.com.my
2. Kopi Press - kopipress.com
3. Galeri ilmu - galeriilmu.com
4. Telaga Biru - telagabiru.com.my
5. Maghfirah - humairabookstore.com

Ada juga penerbit yang tidak ada website untuk beli buku. Contohnya Tarbiah Sentap. Aku terpaksa WhatsApp pengurus jualan mereka. Agak leceh jugalah. Pengurus itu balas dan aku terpaksa lihat satu-satu buku hanya pada tajuk. Kalau boleh, eloklah letak sekali sinopsis.

Itu adalah antara kelemahan jika membeli melalui WhatsApp.

Buku Import Penerbit Luar Negara


Apabila aku ingin beli buku import atau terbitan luar negara, aku akan memilih mengikut susunan berikut.

1. MPH Online


Untuk buku fizikal, perkara pertama aku akan lihat adalah pada kedai MPH Online. Terdapat pelbagai buku pilihan di MPH Online. Lagipun kedai buku MPH memang banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Hal ini berbeza dengan kedai buku Popular yang tiada perkhidmatan jualan buku online.

Jika mahu beli di MPH Online, aku nasihatkan guna desktop. Agak leceh jika nak guna mobile.


2. Kinokuniya


Kinokuniya Malaysia pula salah satu kedai buku yang aku suka beli secara online. Kinokuniya memang terkenal dengan pelbagai pilihan buku luar negara yang berkualiti.

Dahulu suka jugalah aku pergi ke Kinokuniya di KLCC kalau mahu beli buku. Cuma apabila aku fikirkan, masa aku banyak terbuang hanya untuk ke sana. Sekitar 1 jam baru sampai ke Kinokuniya dari Putrajaya. Kemudian aku nak makan lagi. Nak itu lagi.

Akhirnya aku fikir lebih baik aku beli secara pos sahaja. Kos pergi balik menggunakan LRT ke sana pun sudah mencecah RM10. Sama sahaja dengan kos pos.

Aku pernah beli 2 buah buku luar negara untuk di pos ke Tambunan. Pihak Kinokuniya Malaysia menggunakan kurier GEDex. Fuh, cukup 2 minggu baru sampai buku yang aku beli. Bagi aku agak lambat lah. Jika guna pos laju, sekitar 4 hari hingga 7 hari akan sampai.

Dari segi pembayaran, Kinokuniya menggunakan kad kredit atau debit. Jika mahu bank transfer, boleh terus emel pada khidmat pelanggan mereka.

Oh ya. Mereka juga aktif di Twitter. Aku pernah tweet sesuatu tentang bank transfer. Selepas itu ada tweet mereka balas. Bagus jugalah khidmat pelanggan mereka atas talian.


3. Book Depository


Book Depository adalah tempat ketiga akan aku cari buku yang aku nak. Hampir semua buku luar negara ada di jual. Buku tersebut merata tempat ada.

Yang paling seronok, penghantaran adalah percuma ke seluruh dunia. Ya percuma! Bermaksud kita hanya perlu bayar harga buku sahaja.

Namun begitu, ada kos yang perlu kita tanggung. Penghantaran mengambil masa sebulan sehingga tiga bulan untuk sampai ke destinasi. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku telah berurusan sebanyak dua kali dengan Book Depository ini.

Ternyata kedua-dua buku yang aku beli memang sampai sekitar 2 bulan.

Jadi kalau nak cepat dapatkan buku, Book Depository bukanlah tempatnya.

Pembayaran adalah menggunakan kad kredit atau debit. Kalau ada akaun paypal, boleh guna.

4. FishPond.com


Aku tak pernah membeli di Fish Pond. Tetapi ada kawan aku cadang bagus beli di sini. Antara sebabnya adalah penghantaran percuma seperti Book Depository. Harga lebih kurang sama dengan yang lain.

Pembayaran menggunakan kad kredit atau debit dan paypal.

5. Amazon


Ini aku boleh katakan yang terakhir. Cuma setakat ini aku tak pernah lagi beli online di Amazon. Sebab utama adalah harga pos yang mahal.

Apa yang menariknya, adalah pada bahagian ulasan produk. Aku suka membaca ulasan produk pada Amazon yang lebih matang. Kebanyakan orang yang komen berterus-terang tentang produk yang mereka beli atau guna.

6. BookXcess Online


Apabila kita kenal Big Bad Wolf, kita tidak akan lari dengan BookXcess. Hal ini kerana pengasas BBW adalah pengasas kedai buku BookXcess.

Kalau ada yang ingin membeli buku pada harga murah, ini adalah tempat yang sesuai aku katakan. Dahulu kedai buku ini tidak menyediakan servis pos. Pembeli kalau hendak membeli buku, terpaksa pergi ke kedai.

Namun atas permintaan ramai, akhirnya mereka membuka perkhidmatan pos.

Walaupun begitu, jangan terlalu berharap untuk mendapat buku yang kita hendak di sini. Jumlah buku BookXcess adalah terhad. Ini pun berdasarkan stok yang mereka ada.

Harga buku mereka murah daripada harga biasa bukanlah kerana mereka jual buku terpakai. Semua buku yang mereka ada adalah buku baharu. Cuma mereka dapatkan pada harga murah apabila mereka membeli buku jualan gudang.




Jadi itu yang biasa aku lakukan untuk membeli buku online di Malaysia. Jika anda ada pendapat atau cara lain, sila lah komen.
Seterus
« Prev Post
Sebelum
Post Seterus »