Jejak ke Bumi Borneo

Aku mengangkat beg di aliran beg. Ternyata menaiki kapal terbang Malindo ada bagusnya. Awalnya kakak berpesan ambillah MAS. Aku berfikir tentang wang. Apakah aku cukup wang untuk membelinya?

Penerbangan untuk pertama kali aku ke Sabah. Suasana sini seperti biasa. Entah aku terasa angin bayu di Kota Kinabalu ini.

Selesai mengambil beg aku terus mesej Firdaus. Dia adalah orang yang aku sangat harapkan pada hari ini. Katanya dia dan kawan-kawan ada majlis perlu dihadiri dahulu sebelum pergi mengambil aku di lapangan terbang Kota Kinabalu. Aku hanya mengiyakan.

Jika tidak pun, dia tidak datang, terpaksalah aku menaiki teksi sendirian.

Di sini aku ditakdirkan meneruskan rezeki aku. Di sebuah daerah yang selama ini aku tidak pernah dengar. Hanya bermula dengan sebuah khabar berita daripada abah. "Am, kamu dapat tawaran. Abah bacakan, 'Kepada Encik Izham Alias, anda ditawarkan sebagai jawatan pensyarah kolej komuniti tambun...'". Aku menelan air liur. Takkanlah. Terlalu dekat tempat itu di kampung. Bahkan aku sendiri tidak pernah tahu di Tambun ada sebuah kolej komuniti.

"nan, Sabah." Abah menghabiskan bacaannya itu.

Aku memejam mata. Entah apa perasaan yang mengalir di dada ini. Aku terasa kecewa. Mungkin. Aku terasa gembira. Mungkin. Aku tidak tahu. Yang hanya aku dapat ucapkan ketika itu alhamdulillah.

Selama ini aku hanya menganggur. Dari Putrajaya ke Kajang. Dari Kajang ke Seremban aku berkelana. Di Putrajaya aku dipanggil temuduga. Saat 2 minggu selepas aku melangsungkan perkahwinan. "Rezeki orang baru kahwin," kata emak. Entah. Aku hanya menerima seadanya.

Aku datang dengan kelengkapan temuduga. Tatkala itu hati aku berharap penuh aku dapat.

Dan selepas 2 tahun barulah aku tahu aku ditakdirkan untuk datang ke sini, Tambunan.


Aku tidak membawa banyak beg. Hanya tiga beg. Satu beg backpackers, satu beg troli dan satu beg laptop.

Cuaca mendung hari ini. Jelas seperti pagi tadi baru sahaja awan memuntahkan tangisannya. Ah, biarlah. Aku masih berfikir di manakah itu Kolej Komuniti Tambunan. Aku hanyalah seorang pensyarah baharu yang akan berkhidmat di sini.

Entah bila pula Firdaus akan datang....


Terkini
Sebelum
Post Seterus »