Kenali Penulis


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian.

Mesti anda ingin mengetahui siapa saya, bukan? Jika tak, sudah tentu anda tidak akan masuk ke halaman ini.

Baiklah, mari saya perkenal diri saya dahulu bagi yang ingin mengenali.

Saya pendekkan nama saya Mohamad Izham M.A. Blog ini pula dinamakan Travelog Sarjana agar menepati niche penulisan berasaskan master saya di UPM.

Blog ini saya gunakan konsep travelog bermaksud kisah-kisah penting perjalanan hidup sarjana (master) saya di UPM, khususnya.

Huraian konsepnya menggunakan kata ganti diri 'aku'. Bagi saya, 'aku' lebih dekat dan senang untuk saya bicarakan. Seperti anda saya layan sebagai seorang sahabat dan bukannya kenalan kala jejak anda (blogwalking) di sini.

Saya seorang pelajar sarjana di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia. Bidang pengkhususan saya adalah dalam Kesuburan Tanah dan Pemakanan Tumbuhan.

Saya lari daripada minat saya semasa saya di peringkat ijazah muda dahulu iaitu Bachelor Sains Hortikultur. Oleh kerana itu saya harus berkerja keras untuk memahami apa itu tanah.

Sebab utama saya sambung sarjana, errrr.... kerana ia satu anugerah? Hmm. Nanti saya nukilkan di blog ini. Tetapi bukanlah buat masa terdekat ini.

Bagi yang berminat untuk menghubungi saya,

Telefon: 013- 585 7x16  (Maaf. Saya terpaksa padam no hp saya kerana ramai orang SMS tanya saya soalan teknikal SGS. Sila call SGS!)

Emel: izham.upm(a)gmail.com

kemaskini: 19/12/2014